Ini Rupanya Sebab TS Muhyiddin Yassin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Semalam !



Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima kunjungan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin tiba bersama isterinya Norainee Abdul Rahman dan menghadap sultan dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail.

Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin turut hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Muhyiddin dilihat keluar daripada istana pada jam 4.35 petang sambil melambai kepada wartawan yang meunggu di luar pagar istana.

Tengku Ismail pula kemudian berangkat keluar daripada istana dengan sebuah kereta mewah Rolls Royce Phantom.

Perjumpaan itu dispekulasikan berkaitan isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang sultan yang banyak terlibat memberi ulasan dalam perjalanan politik negara ini.



Sebab Muhyiddin dipanggil menghadap

Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986. Sultan dan Muhyiddin memang rapat sejak dari itu. Sultan Johor pula seperti kita semua kenal memang mesra orangnya.
Muhyiddin mungkin dipanggil untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku ketika pemecatannya. Umum mengetahui , media sosial boleh dimanipulasi siapa saja , jadi Sultan mestilah mahu mendengar berita yang mengejutkan itu dari mulut Muhyiddin sendiri kerana itulah sumber yang paling tepat.

Pertemuan mereka berlansung selama satu jam sahaja. Satu jam itu masa yang cukup -cukup untuk bertanya khabar dan bercerita tentang berita -berita negara. Buletin Utama TV3 pun sejam tempohnya , kan?

Ada mulut-mulut tak berinsurans membuat andaian bahawa TS Muhyiddin mahu menjatuhkan kerajaan Najib dengan berkomplot dengan kerabat diraja Johor , ini sebabnya khabar itu sama sekali salah.

1. Muhyiddin pergi menghadap Sultan bersama Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin , Ketua Umno Johor. Mana logik kalau dia nak jatuhkan kerajaan Najib di depan Khaled Nordin. Kantoi la!

2. Muhyiddin bukanlah seperti Anwar. Dia memang berjuang untuk rakyat, tetapi dia taat kepada UMNO, kalau dia nak berjuang, dia akan berjuang dari dalam UMNO. Mengikut perangai Muhyiddin dari awal penyertaan beliau dalam politik, beliau bukanlah ahli politik opportunis dan gila jawatan. Dia tak akan musnahkan parti beliau kerana ketaatannya yang pelik itu.

3.Muhyiddin tak mahu jadi Perdana Menteri. Beliau dicalonkan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan yang lepas. Ramai yang menyokongnya untuk nai, tetapi dia menolak dengan alasan tidak mahu memecah belahkan parti. Dia tiada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri dan selesa selamanya berada di tempat nombor dua.

Najib boleh tidur lena sebenarnya kerana TS Muhyiddin tidak akan menggugat kerajaannya walau apapun yang terjadi. Muhyiddin boleh kita ibaratkan sebagai Hang Tuah Moden kerana ketaatannya yang tiada batas. - MalaysiaKini

Ini Rupanya Sebab TS Muhyiddin Yassin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Semalam ! Ini Rupanya Sebab TS Muhyiddin Yassin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Semalam ! Reviewed by Admin on 8:04:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.