(Gambar) Sayu.. Bayi 4 Bulan Antara 4 Maut



Kota Tinggi: Bayi perempuan berusia empat bulan antara empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Desaru, di sini, tengah hari ini.

Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu turut mengakibatkan wanita berusia 22 tahun cedera selepas kenderaan dinaiki itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat, pada 12.35 tengah hari.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan maut membabitkan lori tangki dengan kereta. Bagaimanapun, dua lelaki yang menaiki lori itu gagal dikesan," katanya. - hmetro




(Gambar) Sayu.. Bayi 4 Bulan Antara 4 Maut (Gambar) Sayu.. Bayi 4 Bulan Antara 4 Maut Reviewed by Admin on 10:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.