Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan



Filipina mempunyai peningkatan jumlah kanak-kanak jalanan yang berkeliaran di jalan-jalan. Ada yang terlalu miskin untuk ke sekolah dan sebaliknya meminta wang dan makanan. Ada yang kehilangan tempat tinggal selepas di hantar keluar oleh ibu bapa mereka kerana tidak mampu menangggung mereka.

Ramai yang menyedari masalah ini tapi mungkin tak ramai yang ingin membantu. Tetapi, lelaki dari Tentera Udara Filipina ini memikirkan sebaliknya. Dia melihat dua kanak-kanak ini merayau berkeliaran di Jalan-jalan Gaisano Modal di bandar Lapu-Lapu. Walaupun tidak membantu banyak, dia memberi kanak-kanak tersebut makan Jollibee setiap satu, Chicken Joy dan juga ais krim sementara dia minum jus oren sambil menemani kanak-kanak tersebut makan.

Perbuatan baik lelaki ini di ambil oleh orang yang makan di restoran sama yang menyedari ianya sesuatu yang patut dicontohi. - era.fm

Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan Reviewed by Admin on 7:32:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.