Remaja Perempuan OKU Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tikaman Dan Tetakan



Bukit Mertajam: Sekurang-kurangnya tujuh kesan tikaman dan tetakan ditemui pada badan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang mayatnya ditemui dalam keadaan berulat dalam kawasan ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, kelmarin.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sama ada mangsa berusia 18 tahun itu turut dirogol sebelum dibunuh.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa rakyat tempatan, namun identitinya dan maklumat lanjut hanya diperoleh selepas laporan lengkap bedah siasat siap sepenuhnya.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mayat remaja perempuan itu ditemui telentang ditutup dengan kain selimut merah oleh seorang lelaki tempatan yang kebetulan sedang meracun ladang berkenaan.

Sumber berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mengesan kesan luka akibat tetakan di celah jari kanan dipercayai disebabkan mangsa cuba mempertahankan diri. - hmetro

Remaja Perempuan OKU Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tikaman Dan Tetakan Remaja Perempuan OKU Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tikaman Dan Tetakan Reviewed by Admin on 6:01:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.