10 Gambar Mengerikan Mangsa Letupan Bom Bangkok Thailand



BANGKOK: Bom motosikal yang meletup berdekatan kuil Hindu di sini menyebabkan 27 orang terkorban termasuk pelancong asing dalam serangan yang disifatkan kerajaan sebagai percubaan untuk melumpuhkan ekonomi, lapor media tempatan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini atas kejadian di kuil Erawan di tengah bandar di sini.

Tentera Thailand sedang berdepan tentangan daripada penduduk Islam di wilayah selatan negara berkenaan tetapi mereka (penduduk Islam) jarang melancarkan serangan di luar kawasan mereka.

ANGGOTA polis menyiasat di lokasi selepas letupan menyebabkan 27 orang terkorban termasuk pelancong asing di Bangkok, Thailand.

"Penyerang berniat melumpuhkan ekonomi dan pelancongan kerana letupan berlaku di tengah tempat tumpuan pelancong," kata Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan kepada Reuters.

Kuil Erawan yang terletak di kawasan sibuk berdekatan hotel terkemuka, pusat membeli-belah, pejabat dan hospital adalah tarikan utama di kalangan pelancong dari Asia Timur termasuk China. Ramai warga tempatan juga ramai mengunjungi rumah ibadat berkenaan.

Sementara itu, dua warga China dan seorang dari Filipina adalah antara yang terkorban.

Media tempatan melaporkan 27 orang maut iaitu 10 lelaki dan 17 wanita.

Polis berkata, 78 orang pula mengalami kecederaan dan kebanyakan mereka adalah dari China dan Taiwan. - Reuters










10 Gambar Mengerikan Mangsa Letupan Bom Bangkok Thailand 10 Gambar Mengerikan Mangsa Letupan Bom Bangkok Thailand Reviewed by Admin on 8:32:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.