Gambar Terkini Adik Firdaus Oku Yang Pernah Dijumpai Dalam Keadaan Menghayat Hati


 

SEREMBAN: Setahun lalu, Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya di Nilai dekat sini, dengan fizikal kurus kering kerana kekurangan zat.

Remaja berstatus orang kelainan upaya (OKU) berusia 16 tahun itu, kini lebih ceria menjalani kehidupan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata berat badan remaja itu meningkat kepada 25 kilogram (kg) berbanding 13kg ketika dimasukkan ke pusat itu.


"Kami gembira dengan perkembangan Muhammad Firdaus yang semakin sihat, ceria dan terurus.

"Selera makannya bertambah dan gemarkan ayam, nasi dan sup," katanya ketika menghadiri Majlis Semarak Ramadan di Taman Sinar Harapan di sini, semalam.

Muhammad Firdaus ditempatkan di situ selepas diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di kediamannya di Taman Semarak, Nilai, pada 21 Jun tahun lalu.

Rohani berkata, ibu remaja itu, Lolanopita Sadi, 41, datang menjenguk Muhammad Firdaus dua kali sebulan. - bharian

Gambar Terkini Adik Firdaus Oku Yang Pernah Dijumpai Dalam Keadaan Menghayat Hati  Gambar Terkini Adik Firdaus Oku Yang Pernah Dijumpai Dalam Keadaan Menghayat Hati Reviewed by Admin on 9:05:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.