Lelaki Minta Bantuan Mahkamah Keluar Islam Untuk Kahwin Wanita Hindu



Mohd Shariff Abdullah (Mahendran) kini sedang berusaha mendapatkan keputusan Mahkamah Persekutuan bagi mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuang nama Islamnya, dan "Islam" sebagai agamanya bagi membolehkannya berkahwin dengan wanita bukan Islam.

Shariff, 35, memfailkan 3 persoalan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan memberikan merit untuk kes itu didengar.

Peguam, Robin Lim bagaimanapun berkata, soalan perundangan itu tidak boleh didedahkan sehingga mahkamah memutuskan permohonan Shariff itu dibenarkan atau tidak.

Kes Shariff sama seperti Lina Joy yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Lina, wanita Islam mahu menukar agama kepada Kristian bagi mengahwini teman lelakinya yang beragama Kristian, namun JPN menegaskan beliau perlu memberikan pengesahan keluar agama dari mahkamah syariah.

Peguamnya berhujah jabatan itu hanya perlu mempertimbangkan pengesahan dibaptis daripada gereja untuk menukar agama dan namanya.

Dalam keputusan majoriti, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan memutuskan "seseorang yang mahu menukar agama perlu melakukannya dengan undang-undang sedia ada atau amalan mana-mana agama".

Peguam, S Nithiyawathi, yang bersama Lim berkata, Shariff masih bujang dan tidak boleh mengahwini wanita beragama Hindu sehingga status agamanya diselesaikan.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Shariff, abang tirinya, Mohd Jefrey Mohd Baser, 32, Mohd Jass, 28, Mohd Naser, 22 dan ibu mereka, Jamilah Jan Vasanthegokelam, 56.

Panel 3 hakim, dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi Salleh, memutuskan, bukti dalam rekod menunjukkan keputusan JPN mengekalkan agama dan nama Islam mematuhi undang-undang.

"Itu tidak boleh dikategorikan sebagai tidak munasabah, dan salah di sisi undang-undang sekiranya kami campur tangan," kata Zawawi, ketika membacakan keputusan itu.

Lim berkata, dengan pengecualian Shariff, mereka memutuskan untuk menolak rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 2013, ibu dan semua beradik itu memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dan menamakan JPN dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden.

Jamilah Jan mahu dikenali sebagai Vasanthegokelam, Shariff sebagai Mahendran, Jefrey sebagai Saiprasad Pillai, Jass sebagai Jagath Kishore Pillai dan Naser sebagai Yuthesh Pillai.

Shariff dilahirkan menerusi perkahwinan bapanya, S Ghanasan, dan ibunya ketika mereka beragama Hindu.

Ibunya kemudian berkahwin semula dengan seorang Islam Mohd Baser a/l Kalakan pada 1982, dan melahirkan Mohd Jefrey, Mohd Jass dan Mohd Naser.

Mahkamah Rayuan dimaklumkan, ibu itu pergi ke JPN pada 1983 untuk menukar namanya daripada Vasanthegokelam kepada Jamilah Jan. Beliau kemudian kembali semula pada 1985 untuk menggantikan kad pengenalannya menggunakan nama yang sama.

Pada awal 2013, beliau kembali semula ke jabatan itu untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan miliknya, namun tidak dibenarkan kecuali memberikan pengesahan jabatan agama.

Mahkamah juga dimaklumkan semua anaknya memeluk Islam dan mengamalkan amalan agama itu selepas berkahwin dengan Baser.

Lim bagaimanapun berkata tiada rekod mereka memeluk Islam.

Jamilah katanya tidak memberikan pengesahan penukaran agama kepada jabatan itu untuk diklasifikasikan sebagai orang Islam dalam kad pengenalannya.

Lim berkata, Shariff ditukar agama kepada Islam dan diberikan nama Islam ketika permohonan untuk membuat kad pengenalannya dilakukan.


Lelaki Minta Bantuan Mahkamah Keluar Islam Untuk Kahwin Wanita Hindu Lelaki Minta Bantuan Mahkamah Keluar Islam Untuk Kahwin Wanita Hindu Reviewed by Admin on 8:37:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.