Tak Kisah Nak Pecat Mukhriz, Tapi Bukan Ganti Dengan Orang Gagal



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaannya terhadap pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah menggantikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Kata Mahathir, beliau tidak kisah sekiranya tindakan ke atas anaknya namun beliau mahukan calon yang lebih berkredibiliti berbanding Ahmad Bashah yang disifatkannya sebagai gagal.

"Semestinya sebagai bapa, saya mahukan anak saya (Mukhriz) berjaya. Tidak mengapa sekiranya dia dipecat secara sah. Tapi penggantinya bukanlah orang yang gagal.

"Namun, sekiranya orang yang disokong oleh majoriti populasi dan diganti dengan orang yang gagal, sesuatu tidak kena berlaku di sini. Kita (Barisan Nasional) tidak pernah kalah di Kedah sebelum ini sehinggalah orang-orang seperti ini mentadbir. Dan kini mereka sekali lagi mentadbir negeri ini," katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perlantikan Ahmad Bashah selepas majoriti ADUN BN Kedah termasuk Exco kerajaan negeri dan Ketua Bahagian menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap pentadbiran Mukhriz.

Kata Mahathir, Ahmad Bashah tidak memberi sumbangan untuk meraih sokongan kepada Kedah sewaktu negeri mengakibatkan negeri tersebut tumpas kepada PAS pada 2008.

"Ahmad Bashah tidak memberi sumbangan kepada kejayaan di Kedah. Bila (Datuk Seri) Mahadzir Khalid menjadi Menteri Besar mereka kalah (PRU 2008).

"Jadi bagaimana mereka dakwa mereka berjaya bila orang baru (Mukhriz) yang mempunyai banyak sokongan oleh rakyat diganti," kata Mahathir lagi.

Namun jelas, isu pertukaran Menteri Besar bukanlah perkara baru dalam politik dan kes Mukhriz bukanlah unik. - mD

Tak Kisah Nak Pecat Mukhriz, Tapi Bukan Ganti Dengan Orang Gagal Tak Kisah Nak Pecat Mukhriz, Tapi Bukan Ganti Dengan Orang Gagal Reviewed by Admin on 9:00:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.