Banyak perkara asasnya difahami, tetapi para pengkaji mengakui bahawa mereka tidak begitu memahami bagaimana kilat beralih-alih tempat. Mereka juga amat terkejut apabila mengetahui hubungan antara kilat dan sinar X seperti yang ditemukan pada tahun 2001.
“Tidak ada sesiapa yang memahami bagaimana kilat boleh menghasilkan sinar X,” kata Martin Uman, seorang profesor elektrik dan kejuruteraan komputer di Universiti Florida, A.S.
Tambah Uman, “Ia berlaku secara jelas. Tetapi pengetahuan kita bagaimana ia terjadi dan di mana ia terjadi adalah terhad.”
Dalam kajian yang baru, Uman dan rakan penyelidikannya telah mengambil satu langkah ke hadapan dalam memahaminya.
Apabila kilat ‘turun’ dari awan, ia bergerak beberapa ‘tapak’ dengan setiap tapak berukuran antara 30 hingga 160 kaki. Dalam proses ‘melangkah’ itu, sinar X tercetus betul-betul di bawah setiap langkah pada kadar satu persejuta saat selepas satu-satu langkah itu sempurna, demikian menurut pengkaji.
“Cetusan kilat yang bermula dari dalam awan petir boleh bergerak berbatu-batu ke arah tanah, yang boleh membinasakan manusia dan harta benda,” kata rakan Uman, Joseph Dwyer, seorang profesor dari jabatan fizik dan sains angkasa di Institut Teknologi Florida.
“Kini, untuk pertama kalinya, kita boleh mengesan bagaimana kilat boleh bergerak menggunakan sinar X.
“Bagaimanapun, kami hanya boleh untuk menjangka bila dan di mana kilat tercetus hanya dengan memahami bagaimana ia bergerak dari satu tempat ke satu tempat terlebih dahulu. Buat masa ini, kami masih belum berpengetahuan mengenainya,” ujar Dwyer.
Kajian masih diteruskan. Salah satu kajian mereka ialah mengetahui adakah kilat yang memanah sebuah kapal terbang boleh menghasilkan sinaran X yang berbahaya kepada penumpang?
Misteri Kilat yang Tidak Terjawab Oleh Saintis
Reviewed by Admin
on
2:33:00 PTG
Rating: