Teknik Polis Amerika Syarikat Tangkap Pencuri Kereta



Pasukan polis di Amerika Syarikat (AS) menggunakan kereta Honda Civic, Accord dan Toyota Camry sebagai umpan untuk menangkap pencuri-pencuri kereta.

Setiap kereta yang terbabit dalam program itu dilengkapi dengan kamera tersembunyi manakala isyarat keselamatan akan dihantar ke ibu pejabat polis manakala alat penentu arah (GPS) akan menjejaki kereta yang dicuri.

Sejak diperkenalkan pada 2002, pasukan polis di Arlington berjaya mengurangkan kejadian curi kereta hampir separuh dari 676 unit kepada 302 unit pada tahun lalu.
Jurucakap polis Arlington, John Lisle berkata, program itu turut menyebabkan 92 penjenayah ditangkap daripada 94 percubaan mencuri kereta umpan.

"Kami menggunakan kereta yang popular untuk dicuri. Kami meletakannya di lokasi yang mungkin untuk dicuri," kata Lisle.

Model kereta itu disumbangkan oleh Biro Jenayah Insurans Kebangsaan (NICB) yang mempunyai kadar kecurian kereta yang tinggi seperti di Dallas, Houston, Detroit, Michigan dan Miami.

"Kami mendermakan 29 kenderaan dan mempunyai permintaan tambahan untuk 23 buah kereta lagi," kata Naib Presiden NICB, Lee Herman.

Teknik Polis Amerika Syarikat Tangkap Pencuri Kereta Teknik Polis Amerika Syarikat Tangkap Pencuri Kereta Reviewed by Admin on 4:27:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.