Ikan Aneh Mirip Buaya


TELUK INTAN: Penemuan seekor ikan aneh yang mempunyai muncung mirip buaya di Sungai Perak, dekat sini, menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk sekitar berikutan spesies ikan itu tidak pernah ditangkap penduduk yang kerap menjala di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tanda tanya itu terjawab apabila ikan yang mempunyai muncung dan gigi tajam menyerupai buaya julung-julung itu dipercayai spesies ikan pemangsa, alligator gar, berasal dari Amerika Utara.

Penemuan ikan itu semalam sekali gus mengundang lebih banyak persoalan bagaimana ikan air tawar yang hanya boleh ditemui di benua Amerika Utara itu boleh ‘sesat’ hingga ke Sungai Perak yang bukan habitat asalnya.

Difahamkan, ikan itu ditangkap oleh seorang pemancing sebelum menjualnya kepada peniaga ikan, Jamaluddin Harun, 58, yang berniaga di Pasar Besar Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak pernah melihat ikan seumpama itu sejak berniaga ikan hampir 30 tahun lama di pasar berkenaan.

“Ikan itu yang ditangkap berhampiran sungai di Kampung Batu 8, Jalan Hutan Melintang di sini, mempunyai kepala seperti buaya dengan mempunyai deretan gigi tajam, manakala badannya menyerupai ikan biasa.

“Ikan itu ditangkap oleh seorang penduduk tempatan sebelum menjualnya epada saya pada jam 3 pagi semalam di Pasar Besar Teluk Intan,” katanya.

Menurutnya, ikan ganjil itu mempunyai ukuran 1.2 meter dan seberat hampir 6 kilogram.

“Ada pembeli menawarkan harga RM100 untuk membeli ikan itu dari saya, namun saya tidak mahu menjual ikan berkenaan,” katanya.


Ikan Aneh Mirip Buaya Ikan Aneh Mirip Buaya Reviewed by Admin on 8:44:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.