Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.
"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.
"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.
Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.
Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian.
"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.
"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.
Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka.
"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.
Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.
sumber
Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat
Reviewed by Admin
on
6:15:00 PTG
Rating: