Terapi Di Atas Landasan Keretapi



Di Indonesia, telah ditemui satu cara rawatan baru untuk menyembuhkan diri daripada pelbagai penyakit. Penduduk datang ke stesen keretapi setiap hari untuk 'bersantai' di atas landasan.

Amalan ini sudah diamalkan hampir satu setengah tahun. Penduduk sebuah bandar kecil di Indonesia datang berbaring di atas landasan keretapi di Stesen Rava Boillat. Mereka percaya terdapat arus elektrik yang mengalir di sepanjang landasan keretapi dan boleh membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



Pihak berkuasa sudah memasang papan tanda amaran di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan amalan terapi ini. Namun, papan tanda tersebut tidak diendahkan oleh penduduk yang datang. -Agensi

Terapi Di Atas Landasan Keretapi Terapi Di Atas Landasan Keretapi Reviewed by Admin on 8:51:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.