Batang Gula-Gula Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksin



Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya dan pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.

Lolipop berkenaan diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran dan kini ianya diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk. Lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.

Lolipop Pendaflour Bahaya

  • Berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).
  • PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat.
  • Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia.
sumber

Batang Gula-Gula Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksin Batang Gula-Gula Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksin Reviewed by Admin on 4:40:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.