Kepala wanita hancur tembus penghadang



KEADAAN kereta PROTON Saga BLM selepas merempuh penghadang dekat Kilometer 14.7 Lebuh Raya LEKAS di Nilai, kelmarin.

NILAI: Seorang wanita mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya hancur ditembusi penghadang besi dalam kemalangan di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) arah selatan berhampiran Pajam dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, wanita dipercayai warga China mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Rakan lelaki mangsa, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta dan cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan.

Pasangan berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kajang ke Seremban apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh penghadang besi di kiri lebuh raya.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dan dari Bangi, Selangor, mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong penghadang besi yang menembusi cermin depan hingga ke bahagian belakang kereta untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji, berkata, sebaik pihaknya tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke HTJS.

“Penumpang kereta pula tersepit di tempat duduk dan kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkannya,” katanya.
Jurucakap polis berkata, rempuhan kuat menyebabkan penghadang besi jalan menembusi cermin depan kereta sebelah penumpang hingga ke belakang bonet.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kepala wanita hancur tembus penghadang Kepala wanita hancur tembus penghadang Reviewed by Admin on 10:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.