Kejam! Nurul Nadhirah Mati Dibakar Hingga Rentung



Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .

Berita yang dilaporkan akhbar:

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi. - Al-Fatihah kepada adik Nurul Nadhirah.


Kejam! Nurul Nadhirah Mati Dibakar Hingga Rentung Kejam! Nurul Nadhirah Mati Dibakar Hingga Rentung Reviewed by Admin on 9:47:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.