Mangsa langgar lari, Rafizi Hamdan, 37 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan menyertai aktiviti berbasikal di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah ke Gombak. Pemandu tersebut yang membawa kereta Proton Saga bagaimanapun tertinggal nombor plat keretanya WCK 2290 yang menjadi bukti utama bagi insiden tersebut.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kes langgar lari itu sudah selesai berikutan keterangan suspek yang datang menyerah diri. Segala keterangan dan bukti akan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan susulan.
Kes Langgar Lari Pelumba Basikal Selesai
Reviewed by Admin
on
6:42:00 PTG
Rating: