Misteri Mayat Lelaki Dijumpai Pulau Ketam


Gambar Hiasan 
Sekumpulan nelayan yang menaiki bot terkejut sebaik menemui mayat seorang lelaki terapung dengan kesan luka di kepala ketika melalui kawasan perairan Pulau Ketam, di sini, semalam. Mayat lelaki terbabit ditemui jam 1.45 tengah hari sebelum pihak polis dimaklumkan kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebaik menerima maklumat, sekumpulan anggota Polis Marin dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, mayat lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju itu dibawa ke Jeti Pangkalan Marin, Pulau Indah, di sini, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat luka di kepala mangsa yang berukuran kira-kira 3 inci dan mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an. “Namun, polis masih belum memperoleh butiran peribadi mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada seluar mangsa dan sekitar tempat mayat ditemui,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati kurang dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat sewaktu ditemui namun polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh atau tidak. Beliau berkata, setakat ini polis menyiasat dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).


Misteri Mayat Lelaki Dijumpai Pulau Ketam Misteri Mayat Lelaki Dijumpai Pulau Ketam Reviewed by Admin on 7:48:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.