Pelajar IPTA Jatuh Dari Tingkat 10 di Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Seorang pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini meninggalkan pesan kepada rakannya supaya menyelesaikan semua tugasan yang tertunggak selepas ketiadaannya sebelum ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang di halaman bawah pangsapuri itu.

Kata Gan, mangsa sebelum itu dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan yang ditinggalkan selepas ‘ketiadaannya’.

Beliau berkata, rakannya yang ketika itu berada di kampus terus bergegas pulang dan mendapati mangsa telah pun mati dalam keadaan berlumuran darah di halaman pangsapuri itu.

Pelajar tahun akhir jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum kejadian.

Gan berkata, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. – Bernama

Pelajar IPTA Jatuh Dari Tingkat 10 di Pulau Pinang Pelajar IPTA Jatuh Dari Tingkat 10 di Pulau Pinang Reviewed by Admin on 8:20:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.