Kumpulan penceroboh itu didakwa dikenali sebagai ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman facebook miliknya. Punca facebook Zed Zaidi kena hack adalah dianggap berkemungkinan besar akibat komen kontroversi Zed Zaidi tidak puas hati dengan kemenangan pelakon luar di Malaysia. Komen tersebut mendatangkan pelbagai reaksi dan dianggap mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, artis dari Singapura yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2011 yang lepas.
“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.
“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya
Susulan Laporan Polis Facebook Zed Zaidi Kena Hack. Kumpulan hacker tersebut bagaimanapun hanya memberitahu Facebook Zed Zaidi Kena Hack Diceroboh dan tidak meninggalkan kenyataan yang negatif. Zed Zaidi bagaimanapun mempertahankan pendiriannya berikutan kontroversi yang dicetuskannya dan memberitahu dia hanya memperjuangkan hak artis Malaysia.
sumber
Laporan Polis Facebook Zed Zaidi Kena Hack Diceroboh
Reviewed by Admin
on
7:56:00 PTG
Rating: