Berapa Wang Lee Chong Wei Terima Jika Berjaya?


duit, ganjaran, pingat emas

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok.

Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Malah rakyat Malaysia … ya kita semua akan menikmati


Ice Cream percuma dari Baskin Robbins (tiada logo halal?) pada 8 Ogos, disemua outlet diantara 8-10 malam sekiranya kontinjen Malaysia berjaya membawa balik pingat emas

Sementara itu, pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan sekiranya Lee memenangi pingat emas.


“Jika beliau menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas. Namun, rakyat Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu.

“Jadi, saya akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti,” kata Pengurus Besar Original Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang, yang tak pasti sama ada di ke semua cawangan kayu nasik kandar atau sebahagian saja.

Berapa Wang Lee Chong Wei Terima Jika Berjaya? Berapa Wang Lee Chong Wei Terima Jika Berjaya? Reviewed by Admin on 9:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.