Dua Jam Pujuk Baru Terima, Abang Reza Anggap Kereta Pemberian Sebagai Pinjaman


Sepang: “Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya,” kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.

Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.


Dua Jam Pujuk Baru Terima, Abang Reza Anggap Kereta Pemberian Sebagai Pinjaman

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.

Nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.

“Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup ‘meminjamkan’ saya kereta demi keselamatan anak-anak.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini,” katanya.

Sumber : METRO

Dua Jam Pujuk Baru Terima, Abang Reza Anggap Kereta Pemberian Sebagai Pinjaman Dua Jam Pujuk Baru Terima, Abang Reza Anggap Kereta Pemberian Sebagai Pinjaman Reviewed by Admin on 8:13:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.