2. Rozaimi adalah pemain sabah dan juga pemain kebangsaan under DOKS.
3. Rozaimi antara striker yg mmpunyai kemahiran teknikal yg tinggi. masa depan dia cerah kalau kena dengan coach yg bagus.
4. Rozaimi kemalangan bersama penjaga gol sabah Adam Farish. Adam farish disahkan baru sahaja meninggal dunia sebentar saja tdi. Alfatihah. Innalillahiwainnalillahirojiun.
5. Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.
KEMALANGAN CEDERA PARAH MELIBATKAN PEMAIN BOLA SEPAK SABAH FA.
(Kemalangan terbabas sendiri).
BUTIRAN:
i). Tarikh : 06/07/2015
ii). Masa kejadian: L/kurang 1300 H.
iii). Lokasi Kejadian: KM 3.5, Jalan Tuaran.
iv). Kenderaan terlibat: HONDA CIVIC, No. Pend: BDW 3883.
v). Mangsa :-
A. PEMANDU - AK Mohd Farris b. Mahamud (L), umur: 21 Tahun, Alamat: Lot 1 Jalan Haiwan, Kg. Cenderamata, Likas, 89400 Kota Kinabalu.
B. PENUMPANG - MD. Rozaimi b. Abd. Rahman (L), 23 Tahun, A/No. 14, Lorong 3, Taman Sempelang, Tg. Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. (Pemain Bola Sepak Sabah FA)
vi). Kes disiasat di bawah: Sek. 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
vii). Pegawai Penyiasat : Sjn Wassly b. Hj. Sabli.
viii). RINGKASAN KEJADIAN:
Pada 06/07/2015 jam l/kurang 1345 hrs terima makluman dari org. awam memaklumkan satu kemalangan jalanraya telah berlaku melibatkan sebuah kenderaan yg disyaki terbabas sendiri. Kemalangan berlaku di KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
ix). SIASATAN AWAL:
Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu dari arah Inanam menghala ke Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran. Apabila sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok dan tiang telefon dan seterusnya melanggar tembok rumah.
x). Akibat dari kejadian itu kedua-dua mangsa mendapat kecederaan parah di kepala dan kaki dan dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Queen 2 untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa adalah kritikal dan masih dirawat ICU Hospital Queen 2.
xi). KEADAAN JALAN:
Jalan Lurus, 2 lorong sehala, bertar dan kering.
xii). KEADAAN CUACA:
Mendung tidak hujan.
xiii). MABUK:
Tidak disyaki.
xiv). PUNCA:
Siasatan awal mendapati kejadian adalah berpunca dari kecuaian pemandu yg disyaki memandu laju dan gagal mengawal kenderaan dgn baik menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas.
Sekian.
ACP. M. Chandrasekaran.
Ketua Polis Daerah KK.
Rahsia Yang Tidak Diketahui Dalam Kemalangan Maut Pemain Bola
Reviewed by Admin
on
9:21:00 PG
Rating: