Sebuah rumah ibadah, biasanya dilindungi oleh sang maha kuasa. Kerana merupakan tempat suci yang di agung-agungkan. Sama halnya seperti masjid di Jepun ini.
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Muslim Kobe. Masjid ini merupakan masjid pertama yang ada di Jepun, di bangun pada tahun 1928 di Nakayamete Dori, Chuoku. Pembinaan masjid muslim Kobe ini cukup lama iaitu 7 tahun lamanya dan baru rasmi di buka pada Oktober 1935.
Pada tahun 1945 apabila berlaku Perang Dunia II, setelah Amerika menjatuhkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Masa itu, daerah Kobe juga menerima serangan bom melalui udara. Meski bom yang dijatuhkan di Kobe tidak sejenis bom atom di Nagasaki dan Hiroshima, namun Kobe juga rata dengan tanah.
Ajaibnya, masjid ini tetap berdiri kukuh!
Walaupun semua kaca tingkap masjid ini pecah dan dinding luarnya mengalami keretakan. Bahagian luar masjid juga menjadi agak hitam kerana asap serangan bom.
Para tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid ini pun selamat dari serangan ini, begitu pula dengan senjata-senjata yang disembunyikan. Kemudian masjid ini menjadi tempat pengungsian korban perang.
Selepas Perang Dunia II berakhir, Arab Saudi dan Kuwait pun baik pulih masjid ini dan memberikan bantuan dana untuk pengubahsuaian. Mereka menukar kaca-kaca tingkap yang pecah dengan kaca tingkap baru yang didatangkan langsung dari Jerman. Sistem pengatur suhu pun dipasang di masjid ini.
Pada 17 Januari 1995, kekukuhan Masjid Muslim Kobe kembali diuji ketika terjadi gempa bumi yang menurut masyarakat Jepun merupakan gempa bumi terburuk sejak gempa bumi besar di Kanto pada tahun 1923. Tapi Masjid Muslim Kobe tetap berdiri kukuh hingga saat ini.
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Muslim Kobe. Masjid ini merupakan masjid pertama yang ada di Jepun, di bangun pada tahun 1928 di Nakayamete Dori, Chuoku. Pembinaan masjid muslim Kobe ini cukup lama iaitu 7 tahun lamanya dan baru rasmi di buka pada Oktober 1935.
Pada tahun 1945 apabila berlaku Perang Dunia II, setelah Amerika menjatuhkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Masa itu, daerah Kobe juga menerima serangan bom melalui udara. Meski bom yang dijatuhkan di Kobe tidak sejenis bom atom di Nagasaki dan Hiroshima, namun Kobe juga rata dengan tanah.
Ajaibnya, masjid ini tetap berdiri kukuh!
Para tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid ini pun selamat dari serangan ini, begitu pula dengan senjata-senjata yang disembunyikan. Kemudian masjid ini menjadi tempat pengungsian korban perang.
Selepas Perang Dunia II berakhir, Arab Saudi dan Kuwait pun baik pulih masjid ini dan memberikan bantuan dana untuk pengubahsuaian. Mereka menukar kaca-kaca tingkap yang pecah dengan kaca tingkap baru yang didatangkan langsung dari Jerman. Sistem pengatur suhu pun dipasang di masjid ini.
Pada 17 Januari 1995, kekukuhan Masjid Muslim Kobe kembali diuji ketika terjadi gempa bumi yang menurut masyarakat Jepun merupakan gempa bumi terburuk sejak gempa bumi besar di Kanto pada tahun 1923. Tapi Masjid Muslim Kobe tetap berdiri kukuh hingga saat ini.
Masjid Muslim Kobe Pertama di Jepun Ini Tidak Runtuh Kena Bom Atom !
Reviewed by Admin
on
8:03:00 PG
Rating: