Patutlah Kena Belasah Dan Suruh Makan Tahi Lembu, Lihat Apa Yang Mereka Lakukan Terhadap Lembu Ini



Tersebar dilaman sosial sejak semalam menunjukkan satu video (tidak disertakan) dan beberapa keping gambar yang agak kejam yang dirakam menunjukkan dua orang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri lembu.

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, kejadian tersebut berlaku di Felda Jengka 17 yang terletak di Pahang.

Apa yang dikatakan kejam dua lelaki berkenaan telah dibelasah dan dipaksa oleh orang ramai memakan tahi lembu. Berdasarkan video jika mereka tidak makan tahi lembu berkenaan mereka akan dipukul.

Selain itu, kereta yang digunakan suspek turut dibakar kerana terlalu marah dengan tindakan lelaki berkenaan yang mencuri.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan terhadap pencuri tersebut kerana menyifatkan ia sebagai keterlaluan kerana memaksa mereka memakan tahi lembu.

Bagaimanapun kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pihak polis, lapor SiakapKeli.

Di bawah disertakan gambar lembu yang dipercayai bahagian daging yang banyak telah dipotong, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja.





Patutlah Kena Belasah Dan Suruh Makan Tahi Lembu, Lihat Apa Yang Mereka Lakukan Terhadap Lembu Ini Patutlah Kena Belasah Dan Suruh Makan Tahi Lembu, Lihat Apa Yang Mereka Lakukan Terhadap Lembu Ini Reviewed by Admin on 9:34:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.