TRAGIS! Potong Tangan Sendiri Selepas Penggal Kepala Isteri



Phoenix, Arizona: Seorang lelaki terperanjat besar selepas jirannya membuka pintu kerana mendapati satu tangan lelaki berkenaan dipotong pada paras siku manakala satu biji matanya tiada.

Keadaan mengerikan itu diketahui malam Ahad lalu, apabila George Loney pergi menjenguk jiran lelakinya berusia 43 tahun yang diketahuinya miskin serta mengalami masalah mental selepas pasangan suami isteri itu tidak kelihatan beberapa hari.

Lebih mengejutkan polis yang sampai tidak lama kemudian menemui satu mayat wanita dengan kepalanya dipenggal bersama dua anjing yang turut dipenggal.

Menurut polis, apabila jirannya membuka pintu, lelaki itu mendapati dia dalam keadaan bogel, tangan kirinya terpotong dari paras siku, biji mata kanannya hilang serta lantai rumah dipenuhi darah.

Lelaki itu menghubungi polis yang kemudian menemui mayat Trina Heisch, 49, tanpa kepala dalam almari bilik tidur bersama dua anjing. Mereka mendapati darah ada di merata-rata dalam rumah itu, termasuk di atas lantai, pada kabinet serta dinding.

Trina berkahwin dengan lelaki itu selepas mereka bertemu ketika mendapat rawatan du sebuah klinik mental.

Menurut polis, lelaki itu yang kini dirawat di hospital, mengaku membunuh ‘tiga orang dalam keluarganya’ dan polis percaya dua anjing itu turut dianggap anggota keluarga.

Polis mengesahkan Trisha dan suaminya mempunyai masalah mental, menggunakan dadah dan sering bergaduh. Suaminya pernah ditahan pada 2003 kerana cuba membunuh seorang anggota keluarganya manakala isterinya ditahan Mac lalu, kerana cuba menikam suaminya. - Reuters

TRAGIS! Potong Tangan Sendiri Selepas Penggal Kepala Isteri TRAGIS! Potong Tangan Sendiri Selepas Penggal Kepala Isteri Reviewed by Admin on 6:15:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.