Menurut Dailymail, tujuh orang awam terkorban selepas jet pejuang klasik Hawker Hunter terhempas ke lebuhraya A27 yang menghala ke sebuah lapangan terbang.
Juruterbang pesawat tersebut, Andy Hill bagaimanapun terselamat dan kini berada dalam keadaan kritikal. Kejadian jam 1.30 petang waktu tempatan itu juga mencederakan 14 yang lain.
Beberapa rakaman amatur yang telah dimuatnaik ke laman sosial hari ini menunjukkan pesawat tersebut terbang rendah, terhempas dan mencipta bebola api yang besar.
Difahamkan, Hill yang berumur 50-an juga merupakan juruterbang kepada British Airways dan sudah melepasi 12,000 jam penerbangan.
Jet pejuang tersebut digunakan oleh tentera udara pada 1955 juga mengakibatkan sebuah kereta limosin pengantin, Daimler yang sedang dalam perjalanan mengambil pengantin lelaki dan pengantin wanita.
Beberapa saksi mengatakan jet tersebut sedang melakukan sebuah aksi dan gagal menyempurnakan aksi tersebut sebelum berlanggar. Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut. - Sinar
Jet Pejuang Terhempas Di Lebuhraya Yang Sedang Sesak
Reviewed by Admin
on
8:02:00 PG
Rating: