Beliau berkata demikian ketika mengulas saman fitnahnya terhadap ahli parlimen DAP Nga Kor Ming yang mendakwa bahawa Rosmah telah menyertai mesyuarat jemaah menteri.
"Kami sedang berbincang di Beijing, bersama dua tiga menteri dan duta, sebab (ketika itu) saya dalam lawatan rasmi ke China. Waktu itu kemangkatan Sultan Azlan Shah.
"Nak bincang sama ada boleh balik atau tidak, adalah isteri saya di situ. Bukan soal negara," kata Najib sebelum merasmikan mesyuarat Umno bahagian Bandar Tun Razak di Cheras, hari ini.
Kata Najib, isu yang dibangkitkan pemimpin DAP Perak itu tidak benar.
Justeru, katanya, beliau menyaman Nga.
"Isteri saya terlibat dalam pentadbiran negara, (itu) tak betul," tambah Najib. - MalaysiaKini
Najib Nafi Rosmah Campur Tangan Pentadbiran Negara
Reviewed by Admin
on
7:02:00 PG
Rating: