Dia terjatuh pada ketinggian kira-kira lima meter selepas tangannya terlepas dari tempat pemegang tangga bergerak. Seorang saksi enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi riuh rendah di aras G pasar raya berkenaan dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Saya melihat kanak-kanak itu terbaring dalam keadaan terlentang di lantai manakala ibunya berada di sisi. Beberapa tompok darah turut kelihatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa ketika dihubungi memberitahu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.
“Mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan akibat terjatuh namun keadaannya kini disahkan stabil,” katanya. Menurut Rohaimi, pemerhatian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kanak-kanak itu cuba berpaut di bahagian luar eskalator. “Mangsa yang tidak diawasi oleh sesiapa terjatuh apabila tangannya terlepas dari tempat pemegang,” ujar beliau. - Utusan
Kanak-Kanak Nyaris Maut Terjatuh Dari Eskalator Di Sebuah Pasar Raya
Reviewed by Admin
on
6:57:00 PTG
Rating: