Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan



Cerita ini kami ambil daripada hasil perkongsian Wak Doyok sendiri di akaun Instagramnya @wakdoyok. Kami ubah beberapa ejaan perkataan untuk memudahkan pembacaan anda.

Nama Wak Doyok tiba-tiba menjadi buah mulut orang ramai termasuk di media sosial. Soalan pertama yang keluar daripada mulut kita semestinya, “Siapa Wak Doyok ni? Artis ke?”. Macam mana Wak Doyok boleh popular? Adakah disebabkan dia membawa imej misainya yang melentik atau cara berpakaiannya yang cukup ‘hipster’?

Kami ingin kongsikan bagaimana susah senang Wak Doyok sehingga dia boleh hidup senang dan memandu kereta mewah. Wak Doyok berkongsi luahan hatinya dan mungkin juga cerita yang boleh memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

Tak ada siapa kenal siapa Wak Doyok pada tahun 2008. “Ingat aku 7 tahun 2008 dulu aku pernah susah ya Allah saja yang tahu. Bagaimana kehidupan yang begitu sempit sampai kawan-kawan semua meninggalkan aku disebabkan aku telah jatuh miskin dan di buang kerja.”

Melakukan apa sahaja kerja yang boleh memberi wang kepadanya akhirnya Wak Doyok mendapat kerja sebagai buruh kasar di Port Klang. “Aku pernah menjadi buruh kasar di Port Klang menurunkan kereta mewah 3 hari tak tidur dengan gaji RM5 satu jam. Kereta GTR35 ini lah 1st time aku pernah bawah turun dari kapal. Orang tak tahu kehidupan aku sebelum ini pernah susah yang orang tahu hanyalah bercakap yang tidak betul kutuk,dengki,maki dari semua itu lah aku membuat kan jati diri aku untuk terus berubah. Aku dah tak mahu menjadi susah lagi aku tanam kan hidup aku untuk berubah dan terus kan kehidupan aku seterusnya.”

“Hari demi hari aku lalui liku-liku yang amat pahit disebabkan aku kehilangan kerja tapi aku tidak patah semangat untuk aku terus mencari kerja baru lalu aku dapat kerja sebagai seorang kelindan lori satu 1 tan membawa barang-barang untuk kilang. Tetapi kerja itu hanyalah kontrak sahaja apabila tamat nya kontrak aku tiada kerja lagi. Pada masa itu aku kerja juga sekadar ambik upah buat rumah,potong rumput dan membaik pulih Vespa.” Tidak ambil pusing tentang apa yang orang kata, Wak Doyok jadikan segala caci-maki orang untuknya bekerja lebih keras.

“Allah itu Maha Agong dan Kaya aku berdoa tak putus-putus hingga lah Dia bagi petunjuk untuk aku menjadi sekarang ini semua telah di takdirkan oleh Nya. Jadi aku harap kepada followers aku yang telah follow aku pada tahun 2010 sejak 1st time aku buat ig ini mereka tahu lah jalan hidup aku macam mana dan pernah aku cerita kan jalan hidup aku niat aku nak buat kan mak ayah aku bahagia mereka dah berusia apa yang boleh buat hanya lah membuatkan mereka bahagia itu saja sebagai anak”

Daripada seorang buruh kasar, menjadi kelindan lori dan sebagainya tak siapa sangka Wak Doyok mampu memandu kereta mewah Nissan GTR35 sekarang. Tak ada apa yang mustahil baginya. - era.fm

Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan Reviewed by Admin on 8:34:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.