Akhirnya SPRM Sahkan RM2.6 Billion Masuk Akaun Najib Tetapi...



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.

“Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM,” kata suruhanjaya itu lagi.

SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

“Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh,” katanya. - MalaysiaKini

Akhirnya SPRM Sahkan RM2.6 Billion Masuk Akaun Najib Tetapi... Akhirnya SPRM Sahkan RM2.6 Billion Masuk Akaun Najib Tetapi... Reviewed by Admin on 8:01:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.