Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Jongkong Emas Bernilai Jutaan Ringgit? Ini Penjelasannya


 

Semalam heboh dilaman sosial berkenaan tersebarnya berita penemuan jongkong emas bernilai jutaan ringgit didalam sebuah terowong peninggalan tentera jepun di Ladang Mostyn, Kunak Sabah. Pekerja ladang terbabit dikatakan telah menemui sebuah terowong serta harta karun berupa jongkong emas.

Sekeping gambar yang menunjukkan jongkong emas yang didakwa milik tentera jepun juga dimuatnaik oleh akhbar Metro kononnya ia dijumpai oleh pekerja ladang terbabit.

Bagaimanapun, gambar berkenaan terbukti gambar palsu kerana ia merupakan jongkong emas dari harta karun Yamashita yang ditemui di Hawaii pada tahun 2005. Dan gambar jongkong emas tersebut telah dimuatnaik didalam satu forum pencari harta karun pada tahun tersebut.


Berita mengenai penemuan jongkong emas tersebut telah menjadi viral dilaman sosial semalam sebelum dimuatnaik oleh beberapa akhbar tempatan. Pegawai Daerah Kunak bagaimanapun enggan mengesahkan penemuan tersebut setelah tiada pekerja ladang ataupun penduduk setempat yang mengakui menemui harta karun jepun itu.

Pihak muzium Sabah pula menafikan terowong berkenaan digunakan untuk menyimpan emas kerana pihak muzium telah melakukan pemeriksaan teliti terhadap terowong sepanjang 8 kilometer tersebut pada awal tahun ini.

Ini bermakna, berita tentang penemuan jongkong emas tersebut hanyalah cerita rekaan pihak tertentu yang sengaja mahu mencari publisiti murahan. - Utaranews.com

Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Jongkong Emas Bernilai Jutaan Ringgit? Ini Penjelasannya Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Jongkong Emas Bernilai Jutaan Ringgit? Ini Penjelasannya Reviewed by Admin on 7:16:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.