Ramai Tak Tahu ! Kenapa Tandatangan 'Aisyah' Ada Di Duit Kertas Walaupun Dia Bukan Gabenor Bank Negara?
Asal barang jadi duit. Asal duit jadi duit. Begitulah orang kita, asal boleh mendatangkan nilai yang tinggi, habis diselongkar segala tabung dan simpanan duit-duit lama. Untuk apa? Untuk mencari duit kertas yang mempunyai tandatangan Aishah.
Siapa Aishah? Adakah beliau seorang Gabenor Bank Negara? Sebenarnya, tak pernah umur ada seorang Gabenor Bank Negara bernama Aishah. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Aishah itu Gabenor Bank dari dunia Bunian?
Berikut adalah senarai Gabenor Bank Negara Malaysia :
1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959 - 1962)
2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962 - 1980)
3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980 - 1985)
4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985 - 1994)
5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994 - 1998)
6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998 - 2000)
7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000 - kini)
Manakah letaknya Aishah dalam Bank Negara? Rupa-rupanya ramai yang tak tahu bahawa tandatangan yang dikatakan tandatangan Aishah itu sebenarnya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.
Sekali pandang, memang nampak seperti ditulis Aishah
Memang ramai yang terkeliru dan tak ambil tahu bahawa sebenarnya tandatangan ini bukanlah tandatangan Aishah, tetapi yang sebenar-benarnya ialah tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-6 iaitu tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.
Kenapa aku bercerita pasal duit / numismatik? Nak dijadikan cerita, sebentar tadi ada dua orang datang berjumpa nak menjual duit syiling RM 0.10 sen tahun 1973 dan 1981.
Berbalik-balik pada 'Aishah' tadi, mungkin ramai yang berpendapat bahawa Aishah yang disebut-sebutkan adalah Permaisuri negeri Selangor (1998 - 2001) iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah binti Abdul Rahman.
Kesimpulannya, kalau tak tahu sila rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai, banyak sumber-sumber rujukan dan pakar yang boleh dipercayai, bukannya hanya ikut sahaja apa yang orang cakap.
Ramai Tak Tahu ! Kenapa Tandatangan 'Aisyah' Ada Di Duit Kertas Walaupun Dia Bukan Gabenor Bank Negara?
Reviewed by Admin
on
7:16:00 PG
Rating: