Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi 20 Julai lalu, mangsa dilaporkan pulang ke rumah mengadu sakit dubur semasa hendak membuang air besar.
Menurut ibunya yang berusia 29 tahun, selepas diperiksa, dia terkejut melihat kesan merah dan melecet seperti luka pada dubur anak kedua daripada tiga beradik itu.
“Selepas ditanya berkali-kali punca kejadian, barulah dia memberitahu bahawa jiran kami yang tinggal tidak jauh dari rumah telah memasukkan kemaluan ke dalam duburnya.
“Anak saya memberitahu suspek yang juga merupakan saudara kami sendiri memberikan seutas jam tangan berwarna merah sebelum meliwatnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Suri rumah itu berkata, dia dan suami kemudian membawa anak mereka ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut sebelum pakar perubatan mengesahkan kanak-kanak itu telah menjadi mangsa liwat.
“Pemeriksaan lanjut di hospital mengambil masa selama tiga hari dan susulan kejadian itu, kami telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, hanya selepas dua minggu barulah lelaki tersebut ditahan polis.
“Anak saya pula kini berubah menjadi pemarah dan kuat memberontak. Dia juga menjadi pendiam,” katanya.
Wanita itu mendakwa, sejak kejadian itu, dia dan suami hidup tertekan kerana keluarga suspek sering mengugut mereka selain dituduh sengaja menyebarkan fitnah.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.
“Suspek telah ditahan pada 9 Ogos lalu sebelum dibebaskan pada 11 Ogos lalu dengan jaminan polis kerana faktor usia.
“Polis kini dalam proses menyiapkan kertas siasatan selain menunggu laporan perubatan mangsa sebelum kes dibawa ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Utusan Online
Ibu Mangsa Liwat Kanak-Kanak Dedah Helah Lelaki Sebelum Meliwat Anaknya
Reviewed by Admin
on
10:57:00 PTG
Rating: