Inilah Punca Sebenar Uqasha Senrose Tidak Mahu Lagi Bertudung



KUALA LUMPUR, 28 Ogos ― Pelakon Uqasha Senrose mengakui kini kembali kepada imej asal selepas tiga tahun memakai tudung, mengakui bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika mula berhijab.

Uqasha, 23, dilapor Berita Harian berkata dirinya tidak berniat untuk mempersendakan agama dan merasakan diri lebih munafik, atau hipokrit, jika terus bertudung.

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.

“Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya yang kini tampil dengan berambut perang sambil berselendang.

Pelakon teater “Ombak Rindu” itu mengakui beliau tidak berfikir panjang ketika mahu mula tampil dengan imej bertudung dan sejak itu imannya dikatakan sering rapuh.

“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten.

“Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang,” kata Uqasha.

“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” tambahnya.


Sumber: Themalaymailonline.com

P/s: Jangan kecam, sebaliknya doakan beliau moga mendapat taufik dan hidayah. Siapa tahu mungkin pengakhiran hidup beliau lagi baik dari kita?

Inilah Punca Sebenar Uqasha Senrose Tidak Mahu Lagi Bertudung Inilah Punca Sebenar Uqasha Senrose Tidak Mahu Lagi Bertudung Reviewed by Admin on 12:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.