Penduduk Kampung Terkejut Lelaki Yang Mereka Kuburkan Setahun Lalu Tiba-Tiba Pulang Rumah, Rupa-Rupanya...



Jakarta, 4 Ogos - Kepulangan seorang lelaki dari Yogyakarta menggemparkan penduduk kampung apabila dia tiba-tiba pulang selepas dikuburkan oleh penduduk kampung setahun yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan.

Waluyo, 62, secara tiba-tiba pulang ke rumahnya yang berada di Kampung Suryoputran Panembahan, Kecamatan Kraton, Yogyakarta pada Selasa lalu.

Kepulangan Waluyo bukan sahaja membuatkan orang kampung tidak percaya malah keluarganya sendiri turut sukar mempercayai orang itu adalah Waluyo.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Mei 2015, seorang lelaki yang mirip Waluyo terlibat dalam kemalangan di daerah Gading, Wonosari, Gunung Kidul di Yogyakarta. Keluarganya yang mengetahui kejadian itu menerusi laman Facebook kemudian pergi ke hospital Nurrohmah untuk mengesahkan sendiri identiti lelaki itu.

Menurut keluarga, lelaki itu tersangat mirip dengan Waluyo. Selepas 6 hari dirawat dihospital, lelaki terbabit akhirnya meninggal dunia.

Isteri Waluyo, Alim Eskatinah dan anak-anaknya yang tanpa mempunyai perasaan curiga menjaga lelaki itu ketika dia dirawat. Selepas meninggal, lelaki itu dikuburkan di tanah kelahiran Waluyo di Suren, Patalan, Jetis, Bantul.

"Ketika dia koma di hospital, saudara dan jiran tetangga datang menjenguk. Akhirnya dia meninggal pada 7 Mei 2015.", kata anak Waluyo, Anti Ristanti.

Sijil mati Waluyo

Selepas setahun kejadian berlalu, tiba-tiba Waluyo pulang ke kampung halamannya. Kepulangan Waluyo bukan sahaja menggemparkan keluarga malah seluruh kampungnya.

“Apabila berita kepulangan Waluyo tersebar, ada penduduk yang melawat kubur itu untuk melihat sama ada ia berlubang atau tidak,” katanya isteri Waluyo.

Menurutnya, pada mulanya dia dan keluarganya ragu-ragu lelaki itu Waluyo, tetapi selepas bertanya beberapa soalan barulah mereka yakin.

Seorang jiran, Yani memberitahu, dia menggigil ketakutan apabila melihat Waluyo mengetuk pintu rumahnya sambil memberi salam.

“Saya bersama penduduk lain melihat Waluyo dikebumikan dan secara tiba-tiba dia mengetuk pintu rumah saya,” jelasnya.


Berita kepulangan Waluyo menyebabkan ramai penduduk termasuk polis datang ke rumah lelaki itu untuk memastikan kesahihannya.

Ekoran kepulangan Waluyo itu polis kini terpaksa menyiasat misteri mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya berkenaan.

Polis melawat Woluyo

Waluyo, 62, keluar dari rumahnya lebih setahun yang lalu kerana bekerja di Semarang sebagai tukang sapu. Difahamkan juga, Waluyo tidak menghubungi keluarganya dalam tempoh setahun lebih itu kerana tidak mempunyai telefon.

"Waluyo pergi ke Semarang bekerja sebagai penyapu jalan. Sebulan gajinya 700 ribu", kata isteri Waluyo.

Kubur Waluyo

Sumber: Detik.com
Siakapkeli.my

Penduduk Kampung Terkejut Lelaki Yang Mereka Kuburkan Setahun Lalu Tiba-Tiba Pulang Rumah, Rupa-Rupanya... Penduduk Kampung Terkejut Lelaki Yang Mereka Kuburkan Setahun Lalu Tiba-Tiba Pulang Rumah, Rupa-Rupanya... Reviewed by Admin on 4:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.