Suhaimi Saad (kanan) dan isterinya Ina Naim menyekolahkan anak di rumah sahaja. — Foto ihsan Facebook/Suhaimi Saad
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Dipersoalkan ramai kerana enggan menghantar empat anaknya menuntut di sekolah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui beliau tidak berhasrat untuk anaknya menduduki peperiksaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mahu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan pembelajaran di rumah.
Malah katanya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil ramai di Tingkatan 5 sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.
“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,” terangnya kepada ProjekMMO, tentang rancangan pendidikan untuk anak-anaknya.
“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.
“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,” katanya.
Tambahnya, konsep peperiksaan di peringkat rendah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) juga tidak memberikan manfaat untuk masa depan mereka.
“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa kemana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.
“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,” katanya, sambil menjelaskan beliau turut menitik beratkan ilmu sains dan kemahiran hidup dalam pembelajaran.
Mohd Suhaimi Saad, 36, bekas anggota kumpulan In-Team dan isterinya Ina atau Nordiana Mohd Naim, 32, menyekolahkan anak-anak mereka sendiri di rumah menggunakan konsep “home schooling”.
Bulan lepas, Suhaimi mendedahkan empat anaknya bukan sahaja tidak pernah menerima imunisasi vaksin, malah malangnya cuma “diubati” dengan air bacaan ayat al-Quran jika jatuh sakit.
Suhaimi juga dikecam awam kerana dikatakan bukan sahaja tidak menghantar anak ke sekolah dan mengerah mereka mengutip derma, malah dituduh enggan membelikan perkakas elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk untuk keluarganya.
Suhaimi kemudian tampil menafikan dakwaan anak mengemis, menjelaskan bahawa anak-anaknya membuat persembahan awam, atau “busking”, bagi mengumpul dana bagi sebuah pertubuhan kebajikan di Sabah iaitu Sabah Care.
Malah katanya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil ramai di Tingkatan 5 sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.
“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,” terangnya kepada ProjekMMO, tentang rancangan pendidikan untuk anak-anaknya.
“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.
“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,” katanya.
“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa kemana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.
“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,” katanya, sambil menjelaskan beliau turut menitik beratkan ilmu sains dan kemahiran hidup dalam pembelajaran.
Mohd Suhaimi Saad, 36, bekas anggota kumpulan In-Team dan isterinya Ina atau Nordiana Mohd Naim, 32, menyekolahkan anak-anak mereka sendiri di rumah menggunakan konsep “home schooling”.
Suhaimi juga dikecam awam kerana dikatakan bukan sahaja tidak menghantar anak ke sekolah dan mengerah mereka mengutip derma, malah dituduh enggan membelikan perkakas elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk untuk keluarganya.
Suhaimi kemudian tampil menafikan dakwaan anak mengemis, menjelaskan bahawa anak-anaknya membuat persembahan awam, atau “busking”, bagi mengumpul dana bagi sebuah pertubuhan kebajikan di Sabah iaitu Sabah Care.
Sumber: themalaymailonline.com
Anak Tak Perlu Ambil SPM Jika Sudah Capai Cita-Cita, Kata Penyanyi Nasyid
Reviewed by Admin
on
10:35:00 PTG
Rating: