HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. – Agensi
Saintis Jepun Cipta Gogal Perdaya Minda
Reviewed by Admin
on
9:45:00 PTG
Rating: