Adakah Ini Pengganti Yamaha LC Yang Baru?





Yamaha Motor Co. Ltd akan melancarkan model baharu Yamaha Exciter T150 yang menawarkan pengalaman tunggangan sporty untuk pasaran Vietnam.

Exciter T150 dilengkapi enjin 150cc bersama liquid-cooled dan sistem ekzos talaan khas dibangunkan bersama konsep rekaan ‘The King of the Streets’ yang memberikan bingkai badan ringan yang memudahkan pengendalian,

Model baharu keluaran Yamaha ini yang menyasarkan penjualan 170,000 unit (untuk tahun pertama selepas pelancaran di Vietnam) akan dibangun dan dikeluarkan oleh syarikat Yamaha di Vietnam iaitu Yamaha Motor Vietnam Co. Ltd.

Yamaha Exciter T150 yang merupakan model generasi ketiga yang dihasilkan boleh dimiliki pada harga VND (Vietnam Dong) 44,990,000 (RM7273.24) untuk spesifikasi RC dan VND 45,490,000 (RM7437.24) untuk spesifikasi GP.

Antara ciri baharu Exciter T150 yang juga digelar sebagai pengganti model LC135:

- Enjin 150cc suntikan bahan api dengan kebuk pemasukan dan ekzos yang ditala.

- Kerangka serba ringan.

- Rim aluminium ringan dan tayar selebar 120mm di belakang.

- Gaya inspirasi daripada model YZF-R1








Adakah Ini Pengganti Yamaha LC Yang Baru? Adakah Ini Pengganti Yamaha LC Yang Baru? Reviewed by Admin on 9:24:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.