Punca Sebenar Kemalangan Melibatkan Penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman Terjawap



Pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud disahkan telah meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam apabila terlibat dalam sebuah kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra menyatakan mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) semalam.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa bersama ayam tambatan pasukan Sabah FA iaitu Rozaimi Abdul Rahman menaiki kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tembok konkrit dan tiang telefon.

Kedua-dua pemain bolasepak berkenaan telah dikejarkan ke HEQ II bagi menerima rawatan lanjut.


sumber

Punca Sebenar Kemalangan Melibatkan Penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman Terjawap Punca Sebenar Kemalangan Melibatkan Penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman Terjawap Reviewed by Admin on 7:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.