Peringatan.. Sila Simpan Rokok Elektronik Dalam Beg Kabin!



BAGI mengelakkan kejadian yang tidak diingini, Malaysia Airlines kini tidak lagi membenarkan mana-mana penumpangnya menyimpan rokok elektronik di dalam beg daftar masuk.

Sebaliknya, para penumpang diminta menyimpan rokok elektonik itu dalam beg kabin.

Pun begitu, peraturan mengenai larangan tidak boleh merokok tetap dikekalkan.

Peraturan baru ini bagi memudahkan urusan sekaligus mengatasi masalah yang tidak ingini dengan segera.

Sementara itu, Pengurusan Penerbangan Persekutuan (FAA) juga telah mengeluarkan amaran keselamatan dan mengesyorkan kepada semua syarikat penerbangan agar memastikan rokok elektronik yang dibawa oleh penumpang disimpan di dalam beg kabin dan bukan di dalam beg yang didaftar masuk. – MYNEWSHUB.CC

Video Perbezaan Mengguna Rokok Biasa Vs Rokok Elektronik



Peringatan.. Sila Simpan Rokok Elektronik Dalam Beg Kabin! Peringatan.. Sila Simpan Rokok Elektronik Dalam Beg Kabin! Reviewed by Admin on 7:50:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.