Ini Caranya Setel Hutang Kereta Dalam Masa 4 Tahun



Saya telah post kan di wall FB saya sebelum ini tentang teknik setelkan hutang kereta lebih awal. Jadi disini saya share kan semula dengan kupasan yang lebih mendalam. Saya ada buat adjustment untuk lebih affordable.

Sebelum itu, teknik ini tidak ada kaitan dengan mana-mana skim pelaburan atau teknik emas tersontot. Fokus utama ialah selesaikan hutang secepat mungkin supaya duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan pelaburan lain. Saya yakin ramai yang terjebak dalam membuat keputusan membeli kereta suatu masa dulu. Pinjaman dimaksima semaksima mungkin sehingga 30% dari gaji digunakan untuk bayaran ansuran kereta sahaja. Bukan tak cerdik, tapi membantutkan proses pelaburan-pelaburan lain.

Apa caranya ?

Sebelum saya teruskan, saya ingin tegaskan RULE UTAMA ialah anda mesti MENYIMPAN. Ya, jika anda sebelum ini tak pernah lansung menyimpan, teknik ini takkan berkesan. Anda mesti menyimpan dan simpanan bulanan tersebut tidak menganggu urusan kewangan yang lain. Boleh FAHAM ?

Adalah lebih baik jika simpanan bulanan anda melebihi jumlah bayaran ansuran bulanan kereta anda.

Contoh :


Kereta anda ialah Perodua ALZA. Bayaran bulanan ialah RM605. Dan HUTANG yang ada ialah RM50,702

Anda perlu menyimpan setiap bulan lebih kurang dari bayaran ansuran. Contoh RM600. Kenapa ? Hutang tak boleh setel dengan hutang. Kalau tidak, umpama buang air dalam sampan yang tengah bocor di lautan. Kalau income anda sebulan ialah RM1800. Tentu sukar untuk anda menyimpan RM600 sebulan. Sebabnya baki lagi RM600 tak cukup untuk survive sara hidup. Jadi apa perlu buat? Rancang la baik-baik dengan pasangan (jika ada ) dan mulakan menyimpan secara bersama. Simpan secara bersama RM300+RM300. Kalau tak mampu simpan banyak ni, lupakan. Sebab silap langkah, boleh lebur.

Selanjutnya :

1) simpan wang tunai & beli barang kemas sehingga cukup nilai “bayaran kereta setahun/0.7″. Contoh dlm kes ni ialah ansuran bulan RM605. Setahun RM7260/0.7 = RM10,371 . Saya genapkan jadi RM10,400. Apa fungsi “0.7%” tu ? 0.7% tu adalah nilai pinjaman yang akan anda dapat dari pajakan barang kemas. Ini dalam step seterusnya.

2) barang kemas tadi dipajakkan dgn andaian 70% nilai pinjaman dapat. Setiap Arrahnu berbeza kadar pinjamannya. Dalam kes ni RM10,400 pajak, dapat RM7280. Nak buat apa duit ni? Bayar terus kereta setahun dekat bank. Atau anda boleh buat bayaran secara bulanan juga. Bakinya jangan diusik. Biarkan dalam akaun bank berasingan. Boleh Faham? Ok.. Anda sekarang ada RM7280, gunakan duit ini secara ansur2 untuk bayar bulanan kereta. Baki dibiarkan jangan diusik. Sebabnya nanti kita nak gunakan untuk buat lump sum payment supaya dapat rebate langsai hutang cepat.

3) teruskan amalan menyimpan + duit ansurans bulanan. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, simpanan anda setiap bulan jangan berhenti. SImpan macam biasa RM600. Jadi dalam kes ni sebulan simpan RM600+ RM605 : RM1205.

AMARAN : Simpanan anda RM1205/bulan tidak cukup untuk tebus barang kemas dalam tempoh 6 bulan ( tidak termasuk caj upah simpan ). Jadi anda perlu buat adjustment. Caranya ? Jangan pajak emas bernilai RM10,400. Sebaliknya pajak separuh darinya. Opsss..Camner tu? jangan la beli barang kemas tu seutas rantai bernilai RM10,400. Pecahkan kepada 2-4 barang kemas. Sebabnya nanti mudah nak pajak dan mudah nak tebus. Dalam kes ni, anda pajaklah emas RM5200 ( separuh ). Wang pinjaman yang dapat ialah RM3640 ini cukup untuk bayar kereta 6 bulan dan barang kemas boleh ditebus setiap 3 bulan.


4) tempoh pajak ialah 6 bln. Simpanan dlm tgn untuk tempoh 3 bln ialah (1205×3) RM3615. Terus tebus balik emas tu. takyah tunggu lama2 smpai 6 bln. Sebabnya kurang la caj upah simpan pajak tu. Dalam gambar di atas, anda tebuslah pada bulan ke 3. Jadi caj upah pun tak banyak. Bila anda tebus, anda ada barang kemas dan masih ada baki duit pinjaman sebelum ini. Jangan guna duit tu. Biar beranak dan tunggu geng2 dia yang akan datang.

Nampak tak? Sekarang anda bayar seperti biasa di bank untuk 3 bulan. Dalam masa yang sama ada baki duit hampir 3 bulan ansuran bulanan kereta.

5) dah tebus nak buat apa? Pajak la lagi. Duit pajakan tadi bayar semula kereta utk tempoh 3 bulan seterusnya. Sekarang anda dah bayar kereta untuk 6 bulan dan ada wang baki hampir 6 bulan ansurans bulanan.

Jadi dalam tempoh 12 bln, anda telah selesaikan setahun bayaran kereta dengan cara 4 kali pajak dan tebus. Bahkan anda kini ada duit baki pajakan sehingga 11 bulan ( kenapa tak 12 bulan sebabnya anda terpaksa tarik duit skit untuk bayar upah ) .

Dalam masa 4 tahun, anda selesaikan bayaran kereta 4 tahun dengan cara 16 kali pajak dan tebus. Akhirnya anda akan lihat baki wang pajakan yang tak digunakan hampir 46 bulan bersamaan 4 tahun bayaran pinjaman. Anda cuma perlukan baki lagi 2 kali pajak dan insyaAllah selesai loan kereta 9 tahun dalam masa 4 tahun 6 bulan sahaja. Pada bulan terakhir tu, anda dah boleh call bank untuk buat bayaran lumpsum ( nilai yang saya kira hampir RM32K ). Kemungkinan besar anda boleh mendapat rebate yang besar antara RM1500-2000. Jumlah rebate ni boleh counter balik caj upah yang takcukup anda bayar.

* Baki wang pinjaman setiap kali pajak : RM1772. Jumlah pajakan dan tebus ialah 18 kali. Darab je. Jadi lah RM31896

Kesimpulannya kelebihan teknik ini :
* menggalakkan diri untuk force saving. Kalau tak, memang susah nak menyimpan. Kaedah ni takde unik pun. Sama je dengan anda simpan untuk 2 bulan ansurans kereta dan bayar terus. Tapi tak syok la sebab lebih baik buat loan 5 tahun je dengan bank. Masalahnya dulu kita seronok nak buat loan 9 tahun supaya installment rendah. Sekarang bila dah 4-5 tahun, rasa lambat loan nak habis. Komitmen bertambah-tambah. Jadi inilah cara force saving. Simpan , bayar, cash tetap ada dalam tangan. Kalau tetiba emergency, pajakan tu boleh anjak jadi 6 bulan.

* setel hutang kereta awal, ada rebate. Boleh offset dgn caj upah simpan kedai pajak.

* habis hutang, ada cash, ada barang kemas.

Ps : syaratnya harga emas dlm trend menaik. Sekarang sesuai sgt. Kalau tak naik, jangan jatuh teruk sangat.Hehehe

Sumber: Naim Rahim

Ini Caranya Setel Hutang Kereta Dalam Masa 4 Tahun Ini Caranya Setel Hutang Kereta Dalam Masa 4 Tahun Reviewed by Admin on 8:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.