Gambar Vapor Meletup Dalam Mulut Lelaki Ini Pasti Mengerunkan Anda



BEBERAPA keping gambar seorang lelaki yang cedera akibat smoke vapor (vapor) yang digunakan meletup di dalam mulutnya kini viral di Facebook selepas ia dikongsikan oleh rakannya.

Travis Nummerdor memohon gambarnya disebarkan agar dapat menjadi iktibar kepada semua pengguna vapor di luar sana.

Gambarnya itu telah dikongsi oleh lebih 100 ribu pengguna sejak ia dimuat naik pada 22 Mei lalu oleh akaun rakannya, Nikki Boggs.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang mendakwa gambar itu adalah palsu dan mahukan bukti yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan serta gambar Travis itu.

Bagi menafikan dakwaan bahawa gambar itu palsu, melalui ruangan komen facebook, Travis memberitahu vapor yang digunakannya itu meletup pada khamis lalu.



Walau apa pun pendapat orang ramai, sebagai pengguna vapor, perkara ini perlu diambil serius dan langkah-langkah keselamatan perlu dijaga.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lebih baik berhenti merokok, apa jenis rokok pun rasanya membahayakan nyawa manusia.

Tengoklah gambar-gambar yang dikongsikan oleh Travis di laman sosial facebook di bawah, agak ngeri dan menakutkan juga, nasib baik tak melayang nyawa!





– MYNEWSHUB.CC

Gambar Vapor Meletup Dalam Mulut Lelaki Ini Pasti Mengerunkan Anda Gambar Vapor Meletup Dalam Mulut Lelaki Ini Pasti Mengerunkan Anda Reviewed by Admin on 7:25:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.