Kecewa Dengan Muhyiddin, Ahli Umno Pagoh Ikrar Sokong Najib



PAGOH – Sekumpulan ahli UMNO Bahagian Pagoh yang kecewa dengan tindakan ketua bahagian mereka hari ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mentadbir negara dan parti.

Gerakan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu melakukan tindakan sedemikian kerana tidak mahu UMNO bahagian itu tersisih daripada arus perdana UMNO Pusat.

Pengerusinya, Datuk Yusof A. Bakar berkata, tindakan tersebut juga dilakukan demi mempertahankan UMNO Pagoh agar tidak dijadikan seolah-olah berada dalam kawasan pembangkang.

“Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin Yassin (Ketua UMNO Bahagian Pagoh) tetapi kami lebih sayangkan parti UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO tetap menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

“Kami sangat terkilan dan kecewa apabila Muhyiddin sanggup bersekongkol dengan DAP. Kami orang Melayu sudah lama menolak dan menentang DAP kerana mereka menentang dasar Melayu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Taman Pagoh Jaya di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi KBUP, Datuk Zaaba Aman, wakil ketua cawangan dan ketua sayap cawangan UMNO Bahagian Pagoh.

Yusof berkata, pihaknya juga selepas ini akan turut mengadakan sesi penerangan kepada semua ahli UMNO Pagoh secara harmoni bagi memastikan parti ini akan terus utuh pada masa depan.


Kecewa Dengan Muhyiddin, Ahli Umno Pagoh Ikrar Sokong Najib Kecewa Dengan Muhyiddin, Ahli Umno Pagoh Ikrar Sokong Najib Reviewed by Admin on 8:10:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.