Murid Dipaksa Gunting Lidah, Jika Enggan Akan Dibelasah



Klang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam kejadian di sekolah rendah, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan anak lelakinya itu cedera pada lidah dan segera ke sekolah berkenaan sebelum anaknya dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, selepas didesak, budak lelaki berusia lapan tahun itu, menceritakan kejadian sebenar.

"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.

Ibu mangsa ketika dihubungi berkata, anaknya kini dalam keadaan baik.

"Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.ketik dihubungi wartawan Harian Metro, malam tadi.

Gambar budak lelaki itu tersebar di laman sosial, semalam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Murid Dipaksa Gunting Lidah, Jika Enggan Akan Dibelasah Murid Dipaksa Gunting Lidah, Jika Enggan Akan Dibelasah Reviewed by Admin on 11:49:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.