Kisah Sebenar Buli Potong Lidah Murid Tahun 2, Pembuli Pakai Topeng Kertas



Klang: Sekumpulan lima murid yang memakai topeng muka memaksa murid tahun dua sebuah sekolah rendah di Bukit Tinggi, di sini, mengeluarkan lidah sebelum mengarahkan mangsa memotong sendiri menggunakan gunting, Khamis lalu.

Wartawan Metro Ahad berkesempatan menemui mangsa di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, semalam bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berlaku ketika sesi rehat jam 3.45 petang itu.

“Ketika keluar dari tandas, saya ditahan lima murid lain yang memakai topeng muka sebelum empat daripada mereka memegang saya.

“Mereka paksa saya keluarkan lidah, tapi saya tidak mahu. Mereka menarik lidah saya dan memaksa menggunting lidah menggunakan gunting dibawa mereka.

“Saya takut kerana mereka ugut untuk tumbuk jika tidak mahu gunting. Disebabkan takut dengan ugutan itu, saya pun gunting hujung depan lidah menggunakan gunting hingga berdarah.

“Mereka terus pergi dan saya pula pulang ke kelas dalam keadaan lidah berdarah dan menahan kesakitan. Saya memaklumkan kejadian kepada cikgu,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, dia tidak dapat mengecam murid yang memaksanya melakukan perbuatan tersebut kerana kesemua mereka memakai topeng. - Utusan

Kisah Sebenar Buli Potong Lidah Murid Tahun 2, Pembuli Pakai Topeng Kertas Kisah Sebenar Buli Potong Lidah Murid Tahun 2, Pembuli Pakai Topeng Kertas Reviewed by Admin on 8:33:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.