Kilang Rokok Terbesar Di Malaysia Tutup Sepenuhnya Tahun Depan



KUALA LUMPUR, Ahad – British American Tobacco (BAT) Malaysia akan menutup operasi kilang di negara ini menjelang pertengahan tahun depan.

BAT Malaysia dalam satu kenyataan berkata, cukai eksais yang tinggi telah menyebabkan penjualan rokok haram mendadak naik dan mengakibatkan jualan rokok yang sah di sisi undang-undang jauh lebih rendah, sekaligus memberi kesan kenaikan terhadap kos pengeluaran.

Industri itu telah dilanda tiga kenaikan cukai dalam tempoh 12 bulan sejak November 2014 dan dalam tempoh lima tahun yang lalu, cukai rokok telah meningkat 110 peratus.

“Sepanjang lima tahun yang lalu, cukai rokok telah meningkat sebanyak 110 peratus.

“Ini merangkumi empat kenaikan besar-besaran termasuk peningkatan yang belum pernah berlaku pada bulan November 2015, yang merupakan hampir 40 peratus.

“Tiga pusat-pusat pembuatan serantau BAT menggunakan kos yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia kerana jumlah pengeluaran mereka lebih tinggi daripada kilang tempatan.

“Operasi kilang di Malaysia akan mengalami penggulungan secara berperingkat dan berakhir menjelang separuh kedua 2017 dan import produk kami akan bergantung kepada garis masa penutupan itu,” katanya.

Penutupan kilang di Petaling Jaya, Selangor, bagaimanapun, tidak akan memberi kesan kepada bekalan rokok berikutan perancangan teliti telah pun berada dilakukan untuk memastikan permintaan itu dipenuhi. - ismaweb.net

Kilang Rokok Terbesar Di Malaysia Tutup Sepenuhnya Tahun Depan Kilang Rokok Terbesar Di Malaysia Tutup Sepenuhnya Tahun Depan Reviewed by Admin on 12:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.