Selfie Terakhir Wanita Ini Sebelum Pesawat Flydubai Terhempas Undang Rasa Hiba



SEORANG jurusolek dari Rusia, Anna Sergeeva, 25, sempat memuat naik gambar selfie di laman sosialnya beberapa jam sebelum pesawat yang dinaiki terhempas berhampiran Lapangan Terbang Rostov-On-Don, Rusia, Sabtu lalu.

Nahas melibatkan pesawat Boeing 737 milik FlyDubai itu mengorbankan 62 orang termasuk tujuh anak kapal.

Anna Sergeeva jurusolek dari Rusia yang berhijrah ke Dubai sejak enam bulan lalu, antara mangsa nahas pesawat FlyDubai yang terhempas di Rusia, Sabtu lalu.

Anna yang baharu sahaja enam bulan menetap di Dubai atas tuntutan kerja dipercayai pulang ke tanah airnya untuk bercuti dengan ahli keluarga selama seminggu.

Menurut seorang rakan, Anna bekerja di Dubai bagi menyara kehidupan ibu dan adik lelakinya yang berusia 11 tahun.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengesahkan punca pesawat itu terhempas kerana kotak hitam yang ditemui turut musnah dalam insiden tersebut.

Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia terhempas ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman sesawangnya, nahas berlaku kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia). – MYNEWSHUB.CC

Selfie Terakhir Wanita Ini Sebelum Pesawat Flydubai Terhempas Undang Rasa Hiba Selfie Terakhir Wanita Ini Sebelum Pesawat Flydubai Terhempas Undang Rasa Hiba Reviewed by Admin on 6:54:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.