Makan Ini Adalah Antara 5 Makanan Kegemaran Orang Malaysia Yang Menyebabkan Kematian!



Malaysia kaya dengan pelbagai makanan yang sedap dan enak. Namun adakah anda tahu sesuatu makanan itu jika diambil dengan cara yang salah ia boleh membunuh diri?

Disini Suudu senaraikan 5 makanan kegemaran rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama mempunyai fakta dan rekod yang telah menyebabkan kematian.

1. Kerang

Di Malaysia biasanya Kerang adalah makanan laut yang enak dimakan selepas direbus mahu pun dibakar panas. Namun tahukah anda jika ia tidak dimasak dengan betul sehingga masih berdarah isinya, ia boleh membahayakan dan menyebabkan kematian? Di Shanghai contohnya, kerang enak dimakan selepas direbus seketika sahaja. Namun oleh kerana itu, ia telah menyebabkan 300 000 orang di sana berdepan dengan virus dan bakteria daripada makanan itu. Lebih mengejutkan lagi 31 orang telah mati di Shanghai pada tahun 1988. Kerang yang tidak dimasak dengan sempurna mengandungi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit hepatitis A, E, Kepialu dan gejala Disentri.

2. Ubi kayu

Ubi kayu rebus memang sedap jika dimakan sebagai santapan minum petang dan ia telah menjadi makanan kegemaran sejak zaman atok nenek kita lagi. Namun tak tahu di mana silapnya, seramai 27 orang kanak-kanak meninggal dunia di Flipina selepas memakan ubi kayu sebagai snek ke sekolah pada tahun 2005.

3. Belimbing


Buah belimbing yang telah masak memang manis dimakan begitu sahaja. Namun tidak semua buah-buahan baik untuk kesihatan. Jika anda mempunyai masalah buah pinggang ianya bakal memburukkan lagi kesihatan anda. Pesakit buah pinggang tidak boleh meminum jus belimbing ini lebih dariapda 100 ml kerana ia akan memberi kesan buruk kepada otak dan saraf dalam badan anda.

4. Gajus

Gajus merupakan kekacang yang baik untuk dimakan tetapi jika ia dimakan secara mentah ia boleh menjadi racun kepada anda. Ini kerana gajus yang mentah mempunyai bahan kimia yang sangat tinggi sehingga boleh menjadi racun.

5. Buah Kepayang

Buah Kepayang hanya popular pada penduduk tertentu di Malaysia. Biasanya ia dimakan selepas direbus, dibakar dan ada juga yang menikmatinya selepas digoreng dengan kunyit. Namun jika ia tidak diproses dengan betul sebelum dimasak akan menyebabkan makanan ini beracun dan membahayakan.


Makan Ini Adalah Antara 5 Makanan Kegemaran Orang Malaysia Yang Menyebabkan Kematian! Makan Ini Adalah Antara 5 Makanan Kegemaran Orang Malaysia Yang Menyebabkan Kematian! Reviewed by Admin on 3:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.