Awie Umum Wings Bakal Buat Persembahan Amal Kumpul Dana Buat Yazit



Kuala Lumpur: Kumpulan rock popular Wings meluahkan hasrat untuk membantu pemain dram Search, Yazit Ahmad, 54, yang ketika ini menderita sakit buah pinggang.

Penyanyinya, Awie, 48, berkata, dia bersama anggota Wings seperti Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk menganjurkan persembahan amal bagi mengumpul dana untuk membantu Yazit.

"Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

"Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Awie berkata, persembahan amal itu masih dalam proses perbincangan kerana mereka memerlukan pendapat daripada banyak pihak.

"Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.

"Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak," katanya. - Harian Metro

Awie Umum Wings Bakal Buat Persembahan Amal Kumpul Dana Buat Yazit Awie Umum Wings Bakal Buat Persembahan Amal Kumpul Dana Buat Yazit Reviewed by Admin on 8:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.